Bebaskan Belenggu

01/01/2010 08:48

Terdapat juga segolongan manusia yang langsung tidak mahu memperbaiki fikiran dan tindakannya kerana mereka merasakan bahawa mereka adalah yang terbaik. Inilah yang disebut sebagai belenggu fikiran. Kesedaran bahawa hanya Allah yang paling sempurna akan membuatkan seorang manusia sentiasa merasakan bahawa dirinya umpama gelas kosong yang bersedia untuk diisi dengan ilmu pengetahuan yang segar dan baru serta bersedia untuk melakukan langkah-langkah penyempurnaan. Nasihat seorang ulama' yang berbunyi:

"Jika hari ini sama dengan semalam, maka kamu adalah orang yang rugi"

Oleh itu, seseorang yang merasakan bahawa dirinya telah suci dan sempurna akan lebih mudah untuk terjerumus ke lembah kegagalan sama ada kegagalan dalam berfikir atau bertindak.

"(Iaitu) orang-orang yang menjauhkan dirinya daripada dosa besar dan perbuatan keji serta kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya keampunan TuhanMu amat luas. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia menjadikan kamu daripada tanah dan ketika kamu masih di dalam perut ibumu; maka janganlah mengatakan bahawa dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa."

- Surah An-Najm (Bintang) 53:32

—————

Back




Hosting Termurah Di Malaysia