Masa Perniagaan Di Pasaran Forex

2010-01-10 22:58


Terdapat 3 waktu berniaga di pasaran Forex yang paling utama iaitu Tokyo,London Dan juga New York.

Asia :

Pasaran Asia seperti Tokyo yang di buka jam 7 pagi waktu Malaysia dan di tutup pada jam 3 atau 4 petang .

Hongkong pula di buka pada jam 8 pagi waktu Malaysia dan di tutup pada jam 4 atau 5 petang.

Singapore juga di buka pada jam 8 pagi dan di tutup pada 4 atau 5 petang waktu Malaysia.

Europe :

Pasaran Europe di buka pada jam 2 petang waktu Malaysia , Frankfurt jam 3 petang dan di tutup pada jam 11 atau pun 12 malam manakala pasaran London di buka pada jam 4 petang dan di tutup pada jam 12 malam ataupun 1 pagi.


America :

Pasaran New York di buka pada jam 8 malam waktu Malaysia sehingga jam 3 ataupun 4 pagi. Manakala Chicago di buka pada 9 malam dan di tutup pada jam 4 ataupun 5 pagi.

Pacific :

Pasaran Wellington akan di buka pada jam 5 pagi sehingga jam 1 dan 2 petang manakala pasaran Sidney di buka pada 6 pagi sehingga jam 2 atau 3 petang.

Pasaran paling aktif apabila 2 sesi bertemu iaitu sesi Pasaran Tokyo dan juga Pasaran London pada jam 4 dan 5 petang waktu Malaysia dan sesi Pasaran London bertemu Pasaran New York iaitu pada jam 8 malam sehingga jam 1 pagi waktu Malaysia

—————

Back




Hosting Termurah Di Malaysia